Friday, December 31, 2010

welcome 2011..

hye bloggy....

less than 2 hours..there will be nomore 2010...it was a great 365 days i must say..there are a lot of changes in my life during those days which make me me today...there were times i laughed a lot...n cried a lot...but those moments shud be a gud experience i supposed... welcome on board 2011 ...my name is syera n i hope you will behave...im pretty sure the journey wont be that easy but we will face it no matter what...:)

Monday, December 20, 2010

My Christmas wishes...

dear bloggy...

i know im not supposed to make any wishes for christmas...but..this is certainly for fun..for im a girl who believe in magic....thus...perhaps my wish will come true...heehehe..so here goes the list of my wishes...

1) get a job with a handsome payment
2)get a new dresses n bags
3)go to the KLCC bridge with someone i loved the most
4)go to the Taman Tasik Perdana for a nice walk
5) watching movies consecutively(4movies wud be awesome)
6)a long holiday in Bali( or any preferable beach)
7)swimming
8)lose some weight
9)my own bookstore
10)know how to look howt
11)know how to put some make up
12)good common of english
13)be rich n healthy( for my family n me)
14)a peace life
15)be with him...

p/s:even if not all mite come true...but i do hope quarter of it will..aminnnn


Sunday, December 19, 2010

all time fave song




ok..sile dgr smpi muntah...
i like this song sgt2...i really do..
tp nape takle download??frust!

Tuesday, December 14, 2010

remember where you come from..

ok..fine..i breach the copyright law...plagiarism or called what ever u wanna call it..but my intention is clear...i just wanna share something which is worth sharing..plus...i didnt get the credit for this coz im not the author...the credit shall go to a guy named Abu Hanifah..tp bkn pak abu yg aja civil procedure tu yeh anak2...hehehhe..so...jd kn sempadan bnda ni...Allah always with you..but u have to find Him..



Aku Tak Sembahyang....Tetapi Aku Berjaya... ( Muhasabah )

by Abu Hanifah on Friday, December 3, 2010 at 5:25pm

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.


p/s:betol kn ape yg dia ckp..jgn mrajuk ngn TUHAN lgik...dia nk uji kite tu..:)

tade title

hhhhaaaaaaaaaaaaaaaccchhhuuummmmmm.....bersin kuat2..sbb syg kate kite suke bersin tahan2...mane ade laa..kite mmg bersin camtu...kalu ikot ella n caed..diorang kate cam kucen..ok..tu over tau..ade ke cam kucen bersin...hehehehe...

Friday, August 27, 2010

ape kata hati?

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad Profile:

http://www.facebook.com/profile.php?id=100000474159776 p/s: sebarkan ilmu walau dengan satu ayat..

i've been crying for more than 4 hours now...n he is having fun there with them..yeah..i know that...
im so lost...i tot i really do well on being a good partner..i tot im improving myself on being a good girl..i try so hard..but due to my imperfection..he went away...

u see...he loves fish so much..especially arowana...that was the first time i ever heard bout it..i dunno how does it look n what is so special about it...i used to get jealous with arowana coz he cud smile all day long coz of it..but then..i realized that..ok if he likes it so much..i should at least know something about it...so..i started googling here n there just to know what is arowana is all about..i also sign up for this monsterfishkeepers's site..but since im a loser...i dunno how to used it..lawak kn..bnda kecik cam nk operate account tu pon aku tak tau..takkn aku nk expect dia stay ngn aku kn...

then..there is this RC kat fb nye application...he can stay up like what..the whole nite jus to play with it...n get upset if the system down or what not...so i asked myself...what is it so good bout this RC??so..i try to play with it..just to know what izit all bout...but again..im such a dumb head when it comes to games..i dunno how to play it...n again...i cant be part of him...

so..shud i cry??n aku rasa aku mmg tak layak pon utk dia..maybe..thats the reason..why..he is walking away...but i still love him..forever..

...

mate da bengkak nangis..bile mak tny selamba je aku jwb tetido...the thing is..aku tak smpi ati nk bgtau mak..she loves him so much...what should i say???"mak..muaz da taknk eya.."cni ke??semua jd kelam kabut sgt..i dont know how to fix things rite..i really dont know..when i cry..i cant stop it..when i sleep..i saw him..n when im awake..i miss him...but..what hurt the most is..the fact that he dont remember me n we are not together anymore...

Thursday, August 26, 2010

?

gile laaa...mmg hati cam siput gile...sikit2 nk nangis..pandang kanan nk nangis..pandang kiri pon nk nangis...sume jd tak betul...pandang kanan nmpk gambar dia..pandang kiri nmpk brg2 yg dia bg..deym...i feel like exploding....i dunno wat to do...i wish i know what went wrong n fix it rite...i wish i know how to mend this heart n laugh....i dun wanna cry...i dunno what to say....abim said...try to fix it out...abim said...perhaps there something that i do..n abim said..be strong..but abim..i dunno how to be strong...i dunno how to fix it..i dunno how to ged rid of this..i miss the old him when he used to text n call me here n then..i missed the time when he just call to say that he missed me n love me...i miss eh him...i miss him so much...but he's walking away now..n i stuck rite here..even tho i wish i cud stop him..i cant...n why oh why he is not mine??

mengapakn sedih?

ok...life sejak 2 menjak ni asyik sedih je...nk kate period...tak pon...tp hati ni sensitip gile kn...bole naik darah...geram..tetibe nangis....cam bengong tol diri ku ini..buat ape..sume pon tak kena...sume rase tak lengkap..i feel empty inside...but no ones know...no ones care..at first i thought im the one who cares too much...but now i know...it was he dat doesnt care at all..so...since he already said it..why should i feel bad about it...coz he said this..there is no point for us to couple..nahhh..well said kn...takpe laa...i'll move on..this is not the end of my life...this is the new beginning..this where i test my self n this is the fate Allah da tentukn..takpe2..im ok..im alrite..there is no need to mend the heart anymore..

mengapakah sedih??sbb kami mungkin takkan jumpa lgik..jalan bersama..mkn bersama..tido bersama..n pandang at each other..we will no longer holding hands n holds on to each other..we will be no longer having our pillow talk nor will have our breakfast in bed..n there will be no more of us teasing and laughing at each other..n the most important one is..we are not together anymore..

mengapakah sedih??sbb the memories are here with me..when i wish he take it all with him..sbb the memories stay with me but not him...sbb the memories hurts me when it suppose to make me smile..n also..the memories make me wanna cry when it used to be my perfect friend when i missed him...

mengapakah sedih??sbb..he's no longer with me..n i'll be walking on my own now when he promised me that i'll never walk alone...

Tuesday, August 24, 2010

what if??


What if...this song suits mine??

what if..this song is the truth??

what if..Allah doesnt want us to be together??

Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta kasih


Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti


Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan



what if...what if..what if..

Saturday, July 24, 2010

besame mucho...

Friday, July 23, 2010

priceless...



bee...in life...you will met thousand of people with different personality..but there are only a fews that really give a big impact in your life...n very a few that you really treasure their existence in your life...that people will be there for you in time of sorrow n grief n also in the time of happiness n pleasure....they are what we call as frens...as for me..yeah..i do have a lot of frens...since the day one i know hat frens means..anyway....there is three girls in my life that i treasure the most coz they accept me unconditionally...so today...they are the people that i wish will be there if i ever get married someday..of coz..mestila nk juge kwn2 lain cam alia...ijan..caed..durga..mai...payung..arm...n etc dtg..coz i love them juga!!!!!!!!!!!!!!!!n as for them...saye harap mereka dgn saye as my maid of honor if i ever get married one day nnti...so here they are...my priceless girlfriends....





firstly..ni name dia Siti Suhaila bt Kamaruddin...well...we've known each other for almost 13 years..back then since primary school...dia stat msuk skola SKTKP same class ngn kite 2Cempaka...mase ni di gemuk sgt..heheh:P (jgn mara eyh coz i revealing the secret)..but now she turns up to be a pretty woman i must say..mase mula2 tu cam nyampah nye minah ni..siyesly..sgt arrogant!!!hahahha....poyo jek..pensel box sume nk yg hebat je...ade this one particular incident...she always brought a drink to school..there was botol air ni...cam lawa laa...it is transparent n from outside you can see there were fish cam berenang2....so cam kagum la kn coz kite bwk botol air cap tupperware jek...tp sbb mak da pesan jgn pegang2 brg org so i dont dare to touch it like other girls...so this one of our fren name durga...dia pegang n somehow terlepas...praaaaakkkkk....pecah sudeh..bergolek2 di tangga da ikan2 tipu tu pon melari2 kn diri....hehehhe...mengamuk gile minah ni...tp tak ingt la ape jdi next....now..after 13 years..sume pon berubah..kitorang still lgik kwn even after dia byk kali pindah randah...eventho kitorang slalu gak la tukar boifren tp kitorang tak plan nk tukar bestfren...kan darl?????hehhehe...satu lgik psl dia...tulisan dia susah gile nk bace..cakar ayam..hehehe..tp tu bkn masalah nye co kitorang still sent the snail mail back then when dia kat california...bole kate evrymonth mesti kitorang akn pos surat..ye la..dulu made email fb n all kn...anyhow...we survive...n i proud to say that...this is my good fren!!!!! i love u dear sue...may our friendship last forever.....



This in another beloved frens of mine..her is Ainnur Farhana bt Ariffin..status..single and available...seorang yg sgt ceria n gagah...hahahaha...kite panggil dia wanita gagah sbb dia mmg hebat...sape yg dpt dia kn mmg haappy laa..sbb dgn dia..org nangis pon dia gelak gak sbb dia rase kelakar..tah pape...so kalu sediy2..dia adelah therapy yg baik!!!!!kite start knal dia kat matrix..sebilik kat Aishah college...mase mule2 knal rase cam ..mak aiiii..serabut nye budak ni...heheheh..kelam kabut jek...turun katil main lompat jek..tak pki tangga pon..bwk kete pon manual kot..bkn ke gagah namenye???hahahah....she is brilliant u know..wat engineering gitu...hebat tak...pndi plak tu..rjin...kuat blaja...n kuat tido gak..hahahaha....satu bnda psl dia yg kite akan selalu ingt..dia malas lipat baju..so biar dia tido kt bwh takpe...n baju sume akan berlambak2 kat atas katil..or worse..dia tido je ngn bju2 tu skali...ade one time tu..kite konpius..eyh..ainur ni ade ke tak..coz nmpk bju je...hahahaha..cute kn..i love her....dia selalu positive...she is not a good adviser though...but she is really a fren that u can trust n will lend her ears now n then...sumtimes in difficulties u just need sumone to listen to your problem...n she's the girl!!!even kitorang jarang jumpe...tp kite akan selalu ingt dia...dlm doa...nsib ade ym...heheheh....anur....i love u beb..thanks for being such a gud darling to me...
p/s: aku curik gamba ni dr fb...kuikuikui....



people....Introducing my lovely sweet partner...siti ruhaila bt Ariffin...(dia n ainur bkn adik beradik kembar k...name ayah jek same..tp satu dok tganu satu dok banting..heheh)name manje dia ella...mase dia ckp panggil je dia ella..i was like...owhhh emm geee....perasan cam ella ke bdak ni...hahahha...jahat tak..rupe2nye dia mmg suke ella mase kecik2 dlu...tp now tak da...fave lagu dia standing in the eys of the world...(set..sbnanrnye tu je lgu ella yg kite tau..hehhe)..stat knal pon kat matric gak...n rapat since then...tp become really close since last sem..she is nice..lovely..n mengancam!!..hahahahahha(gelak guling2) jgn mara yer awk..nnti kene jual....saye sayang dia....mase kwn2 buang saye..diala yg kutip saye....bile saye pecaye there is no such thing as BFF...she proved me otherwise...dia ajar kite yg bkn smua org same...n BFF do exist!! yg paling sedih bile dia ckp cni..."mestila..awk kn bestfren saye"..ok i admit it...i cried at that moment coz i thought i dont have any....thats the beauty of her...dia selalu positif bile saye negatif..n vice versa...we are like a couple who compliment each other...dia lawa kn..tp selalu rase tak..geram btol...tp dia baik hati...tak pernah marah2...kalu marah org ppon dia diam jek...tp pastu dia da ok...sgt supportive gak...the best thing bout her is that..she always tell me things that i should know...n not that i want to hear..so at the end..i'll like...yeah..she's rite....duhhhh..seee..awk sgt mempengaruhi saye....dis cengih gak cam kite..keje asyik nk leleh jek..mayb sbb 2-2 bdak virgo...saye syg dia..saye selalu wish sye knal dia dr dulu lgik.....coz people like her..its like 1 in a million....dear ella...i love you...n thanks for accepting me for who i am....p/s: awk....saye curik gamba ni dr fb...sgt lawa ok..photogenik..jgn mara eyh..xoxoxxo

saye harap..diorang bertiga ni akan selalu happy smpi bile2...doa saye..Allah akn selalu protect diorang dri kesedihan dan kejahilan...dan kami tergolong dlm golongan org2 solehah...diberkati hidup..di dunia dan akhirat..dan kami akan jumpa pasangan yg betul2 syg kami n someone special yg bole kami bergantung hidup...sbb...walau cner pon perangai kami berempat...hati kami tetap same...mahu disayangi dan menyayangi...owh God..please..granted me this prayer....moge persahabatan kami kekal smpi saye mati!!!!


p/s: i love you pumpkin..

Tuesday, July 20, 2010

speak from the heart...

dear bee...

Life is not that easy u see...sekeliling hidup kite..ade aje org yg busuk hati..cemburu..tak ikhlas..benci...kat diri kite...yg paling menyakitkn hati bile org2 tu pandai pulak bermuka2 dgn kite...it hurts more when their outside n inside shows otherwise...tak tally lgsg..so kite pon akan tau yg dia sebenarnye tak ikhlas...pndi bermuka...kalu ade anugerah tu...tak tau sape yg akan menang..sbb semua manusia same...equally layak utk dpt title tu....

the thing is...things like that wont happen if kite smua ni tau rase bersyukur....contohnye dlm persahabatan kn...once kite da kwn ngn org tu kite akan hope we will stay as BFF forever after...well..fine..true enuf...semua org pon camtu...tapi adekah dgn rase camtu kite layak utk rase marah bile kwn kite tu ade kwn baik yg lain???no...absolutely no..because why..one day or maybe rite now..kite pon ade je kwn baik lain selain dr org tu...so sgt unfair la kn bile org tu kuar ngn org lain kite nk jeles..padahal kite pon selalu je kuar ngn kwn2 lain selain dia....pastu..adil ke bile time kite kuar ngn kwn lain..kite biarkn kwn tu kat bilik..n expect utk dia faham kite...cant u guys feel how selfish human can be...hurmmm..

same jugak la bile kat special sumone...kite bole je kuar sesuki hati..tak plak pikir psl kwn kite...tp bile time kwn kite yg kuar ng his or her special sumone..kite geram..sakit hati...or shud i say ure freaking jealous coz ure not????or now..u feel like ure left alone...be real ppl...nnti kat sane nnti..kite sorang2 juge....takde sape pon akn amik tau psl kite...maybe sbb tu Allah tak kasi kite backbiting coz at t he end of the day..kite mmg sensorang menghadap dia yg Esa..

thats life....kite akan selalu di beri 2 pilihan...buruk dan baik...kalu kite salah wat pilihan...adelah akibatnye...kalau baik pilihan nye..lain pule ganjaran nye....but..always remember..Allah tu Maha Adil dan Maha Penyayang....bile kite buat pilihan yg salah...n akibat nye sgt la memeritkn...dia pasti akan turunkn pelangi nan indah pula untuk kite...takkn sekali Dia biarkn kite selamanye perit dan payah....Sama juge...bile kite buat pilihan yg tepat....Alhamdulillah...syukur sgt...namun..Allah akan duga kite dgn ujian pula...sebab Dia yakin kite bole hadapi nye..n supaya kite senantiasa ingat dan bersyukur dgn ape yg kite ade....Indah kn hidup ni....indah lgik agama Islam kite...sbb kite akan sentiasa hidup dlm kasih syg dr Allah.....bile kite selalu rase kite seorang...kite tak sedar pon yg Dia selalu ade perhati kn kite..bile kite sedih..kite tak sedar pon yg Allah selalu ade tunggu kite untuk meminta petunjuk dr Nya....bile kite didatangi masalah...kite tak sedar pon yg Allah selalu ade penyelesaian nya n tunggu kite untuk meminta dari Nya...sbb tu lah....ade hadith yg ckp lebih kurg cni mksd dia.....Allah sgt syang pd hambaNya yg meminta2 n berdoa padaNya...so...berdoa laaa...n jgn pernah berputus asa...coz...bile kite tak dpt sesuatu yg kite nak...bkn maknanye Allah tak syg kn kite..cume mungkin dia nk berikan kite sesuatu yg lebih baik...ataupon its about time that He will give it to us....patient...be patient n it will pay....insyaAllah...

p/s: i love you...

Saturday, July 17, 2010

you..

hye there..lets get it over n done with...so..let us just break it up will ya???

p/s: i love u still..deym..

Friday, July 16, 2010

Mending the heart -season II


hye there..just got back from chow kit...teman kakak crik brg dia n i grab a blouse so that it will make me feel better...to tell the truth...im in no mood to do nything or go nywhere...n im no better even after bought that blouse *sigh*i dont have the desire to try on the blouse nor ive desire to keep in in the wardrobe..so yeah...let it be there until i feel much more better....freaking me..even i know ive an assignment for PP next class,im still here..numb...i cant do or think bout nything...ive a pending story telling...about that Sarah n Rayyan..but i just cant ... what i wanna do now is ...i just wanna get a long sleep n wish i wont wake up coz i dont wanna think about thing people called as P.R.O.B.L.E.M....well. yeahhhhh...here i am..again in front of the lappy and mending the heart again...let me ask u sumthing...how are u supposed to feel when u bought something for someone n when u call that someone,that someone didnt pick up the phone n u are left with no options but to feel frustrated????hell yeah...frustrated i am....it is not like everyday u will get that opportunity to buy that something for that someone rite????n when u cant give it, u feel like u wanna screamed out loud n tell the world that this is so unfair!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!... but here i am..mending the heart.... im not a sucker for a broken hearted love song..but here i am..downloading as much as possible that kind of songs n play it again n again...to tell u the truth bee..aint not feel better...

Setitis air mata
Gugur ke bumi
Menjadi la
utan kaca
Harusku renangi

Dimana kau menghilang
Kasihku rindu
Biar apapun menghalang

Jangahlah kau membisu

Inikah cinta menghiris jiwa
Kau biar hidupku jadi melara
Sucikah cinta kau cemar janjinya
Bertarung aku dengan sengsara

Tak relaku bersedih
Dihimpit duka
Berkaca hati m
erintih
Pecah tak kuduga

Ingin ku meluahkan
Segugus rindu
Kembalilah keindahan
Cahaya di hatiku


see bee...erghhhhhhhhh..what the tetttttt..am i listening to this song by siti nurhaliza???1st i dont like her personally coz she is too damn lucky n its annoyed me with that LV handbag that she got for her birthday present...n secondly...this song is soooooooooo...urghhh...pathetic..like i am now...bee oh bee...listening to that kind of songs make me feel miserable....bee...should i cry???hell yeah..i cried yesterday..i wont cry anymore...i just wanna get some sleep....sleep...sleep...so that..i dont have to think bout it...


p/s: i hate you for what had happened..but i still love you..



Mending the heart












p/s: i will still love you..

butter n jam...JAMMED!!

ok bee..listen...bile hati da kering..otak da jam...cner saye nk kembangkn watak Rayyan dan Sarah ni??????erghhhhhhhhhhhhhhhhh....idea cam byk gile nk wat aksi2 spontan Rayyan dlm tackle hati si Sarah..tp takot nye..terlalu fokus kat situ..nnti plot cite tu jd meleret plak...cner saye nk wat Sarah betul2 lupekn Eid???(bile sye sndri pon susah)...*sigh*..tp itulaaa...saye nk Sarah jato hati pd Rayyan..dan Rayyan berjaya buat ape yg diamanahkn..mmg la nmpk cam Rayyan tipu..tp why not kn....i believe that people would do anything for people they really love..n it includes..family,spouse n also frens...am i rite???hurm.....cner ni??cner ni???bole ke Sarah lupekn Eid??cner saye nk buat ni?hurm....tetibe teringt watak Maisarah n Is dlm "semusim yg berlalu"...aiseh...mase tu masih aktif lgik...so otak pon tak karat...so idea dtg pon cam air paip laaa...now..lololololol.....hurm..cpatla dtg idea ku..kalu tak nnti..it end up..i'll talk about my personal life here in public..kekekekke...

Thursday, July 15, 2010

who are you?

Hey you!!!!yes..you there!!!!! You sounds like a stranger to me..the way you talked to me...you’re like someone close to me but yet you are a stranger...

Wednesday, July 14, 2010

~Chances~

Sarah masih berteleku di tikar sejadah. Dia khusyuk membaca Al-Mathurat dikala senja sementara menunggu masuk nye waktu Maghrib. Dia ingin mencari segenap ketenangan dlm diri sementelah seharian bersusah2 mencari ilmu. Dia seboleh2 ingin menjadi umat yg tahu rasa bersyukur atas nikmat yg diberikan. MUngkin dlm pencarian itu, dia pernah dan akan tergelincir, tp dia mengharapkan petunjuk dr Ilahi dlm meneruskn langkah hidupnya. Usai membaca Al-mathurat, Sarah memandang keluar tingkap, tiba2 hatinye tersingkap peristiwa bersama Rayyan petang smlm di KLCC. Entah mengapa, hatinya kuat mengatakan bukan Rayyan org kesayangan nya..seperti Boy dlu. Walaupun Boy sgt baik baik,tp tak bermakna kami akan bersatu. Biarla, Ella kata aku hidup dlm kenangan, tp kalu kenangan yg membuatkn aku terus hidup, mengapa tidak?

'Rayyan..Rayyan..aku harap kau akan ketemu perempuan sebaik kau.Perjalanan aku masih jauh Rayyan. byk yg ingin kugapai dan kucapai dlm hidup ni. Lagipun, hati aku tak bersedia lgik utk membuka lembaran utk seorang yg bernama lelaki,'bisik hatinya perlahan.

'Minah!!sergah Ella dr belakang. Kau bace tak status Farouk kat Facebook tu? Cacat la dia tu. Ada pulak dia ckp mcm tu. Sesuka ati jek nk komen2. tak sensitif lgsg. Ingt ni dunia dia ke!' Bentak Ella lgik.

Aku yg tak tau ape2 ni selamba wat muka blur campur blues dpn Ella. Mintak penjelasan la konon. Cepat aje2 jari2 aku menekan tetikus utk membuka buku dinding yg menjadi kegilaan semua org serata dunia.

" GIRLS ARE STUPID"

'kekekkeke...'Sarah tergelak2.
'patotla ko hangin. Ala Ella...rilex jer laa...dia tu mmg kn mmg camtu..budget dia la yg paling bagus..tp dia tak tau yg dia sebenarnye paling jahil kn. Ko jgn ikotlaa..kalu ko geram..maknanye,ko pon da tergolong dlm kategori dia jugak,'

'hmm...yerlaaa. eh..yg ko ni termenung2 ni..ko pikirkn si Rayyan eh??ahhhhh..ko ja jatuh hati eh kat dia??da tersangkut la tu...jeng..jeng...jeng....' Ella cube serkap jarang.

'huh?sesuke ati perut ko aje ye.Tak la weh.Aku tak boleh lagi.ko pon tau aku cner.bkn aku tak nk.tp aku takmau bagi harapan yg aku sendiri pon tak pasti aku bole buat atau tidak'

'Sarah..da lame bnda tu.nape ko pikir kn lgik.Eid pon tah2 tak ingt ko lgi.Tah2 dia da beranak pinak ke.takkan ko masih nk tunggu dia. Janji yg korang buat tu,janji zaman kite kanak2.tak matang.tak tau mksd janji. dah la sarah.Cuba ko bkak pintu hati kau tu utk org lain. Kau ..aku...Rayyan..semua org dlm dunia ni berhak utk bahagia. bg peluang diri kau utk dicintai dan mencintai' nasihat Ella.

Cewaaahhh..sejak bile plak aku jd kaunselor part timer ni??hehehhe..ckp kat org pndi la...love story aku sndri terkapai2 kot...Ella berkata2 dlm hati.

'bkn aku tak cube beb..aku da cube..dgn Boy dlu pon aku cube. tp last2 ko tgk, Boy jmpe juga org lain.kate nk bg aku peluang. tp dia yg cabut dlu. Rayyan pon tah2 same'
luah Sarah

'oit makcik,ko takleh ar nk expect laki tu tunggu ko..mmg la diorang syg ko..tp dah ko terang2 ckp taknak...suruh diorang crik org lain la...of coz la diorang decide nk move on..thats life dude...u gotta move on. kau sndri tak bg peluang utk diri kau bahagia,jgn salahkn org lain pulak kalu diorang dpt cri bahagia tu' komen Ella lgik.

Sarah diam lgi dan mengeluh. tibe2 dia dpt idea best utk alih kn perhatian Ella.

'Yunk, ko ngn Azri cne?'

Tercekik air liur Ella dek kerana panahan soklan maut tu. Muka yg td berkobar2 nk jd penasihat mula bertukar jd muka org yg perlukn nasihat.

'Aku??ntah laa..aku rase dia tu nk wat geli2 je ngan aku...'

'ko sure ke??smpi jmp parents ko tu kire wat geli2 ke??aku rase taklaa...pernah ko bg dia peluang utk explain??pernah ko bg dia peluang uk betulkn keadaan?pernah ko bg diri ko peluang utk slow talk ngn dia?tak kn?yg ko buat,ko selalu dgr ckp org..n ko wat assumption sdnri psl r/ship korang.cner nk berkembang weh???ko suh aku bg peluang kt Rayyan. ko plak cner? at least ko takde la kisah silam cam aku n ko mmg sah2 suke Azri tu. r/ship is about two people who are madly in love n no others. wutever u r frens mite said, they have ho rite to decide on your feelings n how u felt towards that guy. Mmg aku tak suke Rayyan, tp sekurang2 nye aku tak lari cam kau,' luah Sarah pjg lebar. dia tau Ella dan Azri same2 suke each other, tp dek kerana mulut org yg byk mkn cabai kn, tak sempat nk berkembang pon r/ship tu terbantut kat tgh2..takde permulaan, takde penghabisan. kesian laaaaa....

Terkedu Ella dgn kate2 Sarah. Mmg betul, semua yg Sarah ckp ade betul nye.
' Aku pon fikir bnda yg same Sarah, tp my inside n outside didnt go side by side.not parallel.im confused. n i dont wanna take a risk. ko tak phm Sarah..'

' aku rase kn yunk...when it comes to love, hnye org tu jer yg tau kn...org lain takkn phm sbb diorang bkn dlm situasi kite..aku harap ko akn bg 2nd chance kat Azri. everybody deserve a 2nd chance. n when u love someone, chances is outnumber, coz it will always there.u got wut i mean?kite doa2 same k...'


bunyi msg hp Sarah menggangu keheningan senja di Block E,Mahallah Nusaibah.Pantas Sarah mencapai hp nye dan membca msg yg sudah diketahui siapa penghantar nye..

" Sarah MyHoney, dah tu gossip2..gi solat magrib"
sender- Rayyan
Terbeliak bijik mata Sarah. Alamk cner dia tau ni??

"TE TET TE TET" MSUK LGIK SATU MSG

" Hah nape muke terkejut sgt tu? gi la solat"

Bagai kerbau kene cucuk, Sarah bingkas ke toilet amik wuduk. smbil terpikir2 cner Rayyan bole tau. smpi kat pintu bilik, Sarah patah balik dan membalas msg Rayyan..

" Sarah Maihani ke...jgn pndi je nk tukar jd Sarah MyHoney..aku bkn honey ko k..thanks for the reminder anyway"

Di hujung sane, Rayyan tersenyum setelah membaca msg Sarah. Sarah Maihani. Sarah Myhoney...Dia tau, Sarah mesti bengang gile evrytime dia pangil sarah mcm tu.

'Kalu aku jumpe mak bapak Sarah ni, aku nk ckp thanks, sbb pndi pilin nama utk Sarah..hehehhe..Ko tau Sarah, Eid was rite..u're such a dear person. i fall in love in you day by day even that is not my real intention. u'll be mine. i promise!' jnji Rayyan dlm hati.






p/s: ideaaaa~~
Di

Tuesday, July 13, 2010

~tribute to someone~

‘Sarah!!!tungguuuuuuu!!!!’ pekik Rayyan dari jauh.

Sarah hanya mendiamkn diri dan meneruskn langkah nye.Tidak laju,tidak perlahan. Dia tidak mahu ketemu Rayyan lagi. Bukan menjauhkn diri tp malas utk memikirkn perkara yg serabut. Bukan dia tak saying pd Rayyan,Cuma saying nye hanya setakat kawan,tak lebih dr tu,tp masalah nye Rayyan ni tak reti2 bahasa. Sudah genap 3bulan 10 hari Rayyan asyik mengekor Sarah.Sarah rimas. Tiba2 Sarah mendapat idea.

‘aku nk gi ladies.kalu ko nk ikot meh la’

‘owh??ok’ dan dgn selamba nye Rayyan ikot masuk sekali dlm toilet. Kecoh toilet kat KLCC sekejapan.Semua terkejut tgk Rayyan yg memegang tgn Sarah seolah2 Sarah seorang pesakit.

Sarah yg terkujat dek tingkah laku Rayyan hanya mampu menahan rasa. Pompuan2 dlm toilet ni pon satu,tak payah la nk jerit2 pon. BUkan si Rayyan ni skodeng diorang wat projek pon.sengal.!

‘Mintak maaf ye akak2. Adik pompuan saye ni sakit mata,jadi saye tak berani la nk biarkn dia masuk sorang2.Maaf kak..teruskn bisnes akak cam biasa.Kami tak lama’ ujar Rayyan dgn selamba.

‘Wat??aku sakit mata??kuang asam boi tol mamat ni!’ bentak Sarah dlm hati. Siap ko nnti.dendam sarah dlm hati.

Sebaik saja keluar dri toilet, Sarah pon terus sepak kaki Rayyan.

“ADOIIIII!!!!”raung Rayyan. “sakitla..ko ni pe kes??aku saman ko kang!”

“hoi! Aku saman malu ko dlu...kuang asam ko kate aku sakit mata. Sejak bile aku jdik adik ko???

Rayyan tersengih2 cam kera kene belacan. Sambil garu2 kepala yg kelemumur tu dia berkata.

‘Betulkn ko sakit mata...sebab tak nmpk org hensem mcm aku yg syg ko smpi nyawa akhir aku...betul kn ko adik aku...adik manis yg paling aku syg dlm seumur kehidupan aku’ suara Rayyan yg cukup perlahan,namun bias menggegarkn gegendang telinga Sarah dan terus masuk ke hati nye...ni la yg dinamakn dari telinga turun ke hati.

Rayyan sengih lgik.Alamak,budak kesayangan aku naik hangin ni.isk..tp bibirnye masih manis dgn senyuman.teserlah lesung pipit nye.yg unik nya,lesung pipit Rayyan ade sebelah kiri aje. Bile ditanya,Rayyan jwb kalu ade lgik seblah tak special la aku..sbb da rmi org ade lesung pipit 2-2 belah. Tp Sarah panggil Rayyan mamat gonjeng sbb ade satu jek lesung pipit.

Sarah yg tersentuh hatinye,cepat2 melarikn pandangan mata dan meneruskn langkah nye. Tibe2 dia berpusing seraya berkata ,

“Rayyan.lain kali jgn ikot aku masuk toilet lgik. Wat malu ko aje. Nnti terguris ego. Lain kali jgn wat semua yg aku suruh. Aku tak suka lelaki yg ikut ckp aku je,”

Rayyan sengih lgi. Kali ni sengih bangga!

“YES2!!Sarah da mula cair ngn aku,” dan dia mula mau gelak guling2 dlm hati. Takkan nk gelak guling2 kat KLCC, kang ade yg kene anta masuk Tg.Rambutan plak.

“ Sarah..i love you,but i don’t do this for you.....”bisik hati Rayyan perlahan. Dan dia mula terbayangkn wajah seseorang.

“Sorry Rayyan. Aku tak bole. Aku rindu lagi pada Eid. Sebab tu aku tak bole terima kau. Sbb Eid akan selalu dlm hati aku. Walau dia tak pernah ingt aku sejak 7 tahun lalu,tp aku tetap tak bole lepaskn dia pergi dari kenangan aku. Sorry Rayyan,” keluh Sarah.


p/s: Eid & memories...

Daisypath Anniversary tickers